Showing posts with label *SEJARAH DAN BERITA*. Show all posts
Showing posts with label *SEJARAH DAN BERITA*. Show all posts
Untuk meminta penjelasan dan maklumat lanjut tentang produk Al Jabbar boleh menghubungi /SMS saya di talian 0126586537 (Qabil) pada bila bila masa.

Kawal makan di Aidilfitri


Kawal makan di Aidilfitri


MUSIM Hari Raya Puasa budaya makan tidak lagi menumpukan kesihatan diri dan gaya hidup yang mementingkan kesihatan. Di bandar satu demi satu rumah terbuka diadakan. Ini juga mengundang kepada menjejaskan kesihatan seseorang, terutama bagi mereka yang menghidap pelbagai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan penyakit jantung.

Jika dalam bulan puasa umat Islam dapat mengekang hawa nafsu dengan berpuasa selama sebulan, tetapi gaya hidup, terutama membabitkan budaya makan berubah apabila menyambut Syawal. Oleh itu, Islam menggalakkan umatnya menunaikan puasa sunat Syawal selama enam hari bagi mengimbangi dan mengurangkan pengambilan makanan selepas Aidilfitri.


Selain menahan lapar dan dahaga, puasa enam Syawal juga boleh dianggap sebagai proses detoksifikasi secara semula jadi. Melalui proses ini, ia bertindak menyingkirkan pelbagai jenis toksik dalam tubuh kita yang berpunca daripada pemakanan. Ketika berpuasa juga, tubuh memerlukan sumber tenaga yang cukup dan seimbang.

Mengikut kajian berkaitan pemakanan, tekanan sememangnya sukar dielakkan. Namun, ia masih boleh dikawal menerusi gaya hidup sihat. Pemilihan makanan yang seimbang adalah cara paling mudah untuk mengawal tekanan mental dan fizikal. Menerusi pengambilan pemakanan yang teratur seseorang itu akan dapat mengendalikan tekanan secara bersendiri tanpa bantuan pakar.


Mengamalkan budaya makan yang sihat amat penting bagi mengekalkan kesihatan seseorang, terutama bagi mereka yang sudah berusia. Budaya makan yang tidak terkawal bukan sahaja boleh menyebabkan obesiti, malah mengundang pelbagai penyakit.


Ada pendapat mengatakan, ‘perut adalah punca segala penyakit.’ Sebagai contoh nasi adalah makanan utama masyarakat di Malaysia. Sebanyak 50 hingga 60 peratus tenaga kita datangnya daripada nasi.

Jika dikaitkan dengan sejarah dan kepercayaan, nasi mempunyai semangat istimewa kerana ia memberi kita rasa kenyang secara pukal berbanding makanan lain seperti roti, mi, kuih-muih dan sebagainya.


Mengikut kajian, walaupun sepanjang hayat makan nasi, daripada kecil hingga tua, sarapan nasi, tengah hari nasi dan malam juga hidangan nasi, tetapi kita tetap tidak berasa jemu. Salah satu sebabnya kerana ia dimakan dengan aneka lauk-pauk. Tetapi harus diingat mengambil makanan daripada nasi secara berlebihan juga menggemukkan.

Oleh itu, ambillah hidangan nasi dengan kadar yang sedikit dan lebihkan sayur-sayuran, ikan dan buah-buahan dalam sajian makanan bagi mengimbangi kesihatan. Pilih pemakanan yang sihat sewaktu menghadiri jamuan dan rumah terbuka Aidilfitri.


Mengawal selera makan juga adalah penting bagi mengelakkan mengambil makanan terlalu banyak. Makanlah dalam kadar sederhana bagi mengimbangi kesihatan diri. Ketahuilah mengenai penyakit yang ada dalam diri masing-masing. Ini dapat mengelakkan daripada seseorang itu mengambil makanan yang boleh memudaratkan dirinya.


Merujuk kepada kajian beberapa ahli sains di Universiti Witwatersrand di Afrika Selatan, pengamal diet makan hampir 27 peratus kurang kalori ketika makan. Apabila mereka mengamalkan corak pemakanan yang sedikit tetapi kerap mereka kurang rasa lapar dan dapat mengurangkan berat badan mereka.


Dalam hal ini, elakkan makanan yang berminyak dan makanan yang digoreng yang banyak mengandungi lemak. Cuba elakkan juga makanan yang dimasak dengan santan kerana santan mempunyai kandungan kalori yang tinggi dan berbahaya kepada pesakit jantung dan darah tinggi.


Tubuh sihat dan bertenaga adalah bermula daripada pemakanan dan gaya hidup yang sihat. Kurangkan sedikit pengambilan makanan yang tinggi kalori. Gantikan minuman manis dengan air kosong. Minum air kosong banyak untuk mengekalkan kesihatan tubuh.


Amalkan pemakanan mengikut sunnah Rasulullah s.a.w. iaitu mengunyah makanan secara perlahan-lahan dan berhenti makan sebelum kenyang. Jika diamalkan kita akan merasai perubahannya. Biar makan dalam kualiti sedikit, tetapi secara kerap. Ambil makanan sekiranya kita memerlukannya dan jangan melewati waktu makan. Ambil makanan dalam kadar sedikit supaya tidak membazir dan terbuang.


Kajian kesihatan mendapati, tubuh yang terlalu kurus tidak bermakna sihat sepenuhnya. Tidak ada gunanya jika kita berhasil menurunkan berat badan sekiranya kesihatan kita turut terjejas.


Justeru, pastikan makanan yang diambil dengan nutrien tinggi dan berkhasiat untuk tubuh badan kita. Jangan terlalu menyekat pengambilan makanan sehingga tubuh menjadi lemah dan tidak bermaya. Hal ini juga boleh membahayakan kesihatan. Pengambilan makanan dalam kadar sederhana adalah sebaik-baik pilihan.


Pastikan makanan yang kita ambil masih mengandungi vitamin. Sebagai contoh sayur-sayuran yang dimasak masih segar. Vitamin C mudah musnah ketika memasak. Maka jika anda masak sayur-sayuran yang mengandungi vitamin C gunakan sedikit air dan masak sekejap saja.


Ada khasiat sayur yang tiada pada buah dan begitu juga sebaliknya. Kebanyakan sayur dan buah rendah lemak membekalkan pelbagai jenis zat seperti vitamin A, vitamin C, asid folik, zat besi dan kalsium. Semua khasiat ini penting kepada kesihatan. Sayur dan buah juga kaya dengan serat.


Pilihlah makanan yang berkhasiat dengan sajian lazat. Makanan yang disajikan dalam keadaan yang tidak bersih juga boleh mengundang pelbagai penyakit sebagai contoh boleh menyebabkan keracunan makanan dan membahayakan kesihatan.


Sementara itu, lemak juga adalah keperluan tubuh. Meninggalkan pengambilan lemak bermakna seseorang itu kekurangan satu khasiat penting kepada tubuh. Kajian mendapati lemak penting untuk membantu menyerapkan vitamin-vitamin larut lemak, iaitu vitamin A, D, E dan K. Ia juga melazatkan makanan dan dapat memperbaiki tekstur makanan.


Namun, lemak yang berlebihan daripada makanan akan disimpan di dalam badan sebagai lemak badan. Kehadiran lemak badan menyebabkan berat badan akan bertambah. Lemak yang berlebihan juga meningkatkan risiko penyakit jantung koronari, strok, obesiti dan masalah kesihatan yang lain. Jadi, kurangkan pengambilan lemak dan amalkan budaya dan cara makan yang sihat.


Budaya makan yang sihat juga adalah seperti mengamalkan diet secara teratur. Terapkan matlamat dan pendirian makan secara sederhana bagi mengelakkan sebarang penyakit yang berbahaya. Makanlah ikut keperluan bukan mengikut nafsu. Jika berasa lapar makanlah sedikit dan diikuti dengan kerap. Jika sudah terlalu kenyang jangan ikut nafsu untuk makan sehingga tiada ruang untuk bernafas.


Amalan dan budaya makan seperti inilah yang sukar diamalkan, tetapi ia memberi kesan yang baik kepada kesihatan kita. Tidak salah menghadiri rumah terbuka, cuma kita perlu mengawal diri dan selera kita daripada makan terlalu banyak. Kita juga yang mengetahui akan penyakit yang ada dalam tubuh badan kita dan makanan apa yang berbahaya kepada kita. Jangan disebabkan makanan kita merana kesakitan.


Penulis berkelulusan PhD Persuratan Melayu

Sumber : Harian Metro

ASAL USUL TERAPI ELEKTROSTATIK


Idea mengurangkan rasa sakit dengan kuasa pertama kali ditemui pada tahun 1752 oleh Benjamin Franklin dari Amerika, yang membuktikan petir yang disebabkan oleh kuasa yang dihasilkan antara awan dan tanah. Kerana penemuan ini, kemudian didapati bahawa kuasa berkesan dalam rawatan pelbagai penyakit.

Pada 1776, Hiraga Gennai Jepun membuat sebuah generator elektrik disebut “Electriciteit” yang diyakini berkesan untuk menghilangkan rasa sakit dan digunakan secara meluas dengan pesakit. The Electriciteit terus menikmati populariti di antara doktor yang mengubati rematik dan neuralgia sampai abad ke-19.

Di Eropah, menurut kamus perubatan dari abad ke-10, aparat terapi elektrostatik potensi jenis berbeza dari yang di Jepun secara klinikal digunakan pada saat itu.

Kemajuan penyelidikan dan pembangunan yang berkaitan dengan elektrostatik aparat terapi berpotensi di Jepun menyebabkan aplikasi klinikal yang dilakukan selama lebih dari 50 tahun. Hari ini, banyak jenis yang dirancang untuk keperluan rumah tangga yang banyak tersedia di samping mereka untuk kegunaan profesional di institusi perubatan.
Terapi elektrostatik Potensi Meningkatkan Kekuatan Dari Penyembuhan Alam

Tubuh manusia terdiri daripada 6 bilion sel yang melaksanakan pelbagai fungsi. Fungsi umum tubuh mengaktifkan mekanisme umpan balik yang membantu untuk mengekalkan persekitaran optimum untuk sel-sel untuk melakukan semua kegiatan vital mereka. Dengan kata lain, ketika perubahan persekitaran luaran, fungsi tubuh untuk mengoptimumkan persekitaran dalaman termasuk tekanan osmotik cairan tubuh, komposisi gas dan komposisi elektrolit pH, darah dan suhu badan. Untuk tujuan ini mempertahankan kemalaran persekitaran dalaman, sel-sel dan organ tubuh kita dikendalikan oleh mekanisme umpan balik yang didasarkan pada kerjasama antara sistem saraf, endocrinal dan kekebalan tubuh.
Ini ketetapan yang tetap dipertahankan dalam lingkungan dalaman tubuh kita disebut “homeostasis” dan, pada dasarnya, dipelihara oleh kerjasama antara sistem kami dan mekanisme yang mengatur organ peribadi kita.

Kita perlu menjaga homeotasis jika kita ingin terus hidup. Kami jatuh sakit ketika homeostasis kita secara signifikan terganggu, tetapi kita juga mempunyai mekanisme automatik yang bekerja untuk mempertahankan homeostasis (mekanisme umpan balik). Hal ini disebut “mekanisme homeostasis” atau “kekuatan penyembuhan alami”. Tubuh dapat pulih dari penyakit jika tahap gangguan homeostasis berada dalam batas-batas kekuasaan penyembuhan alami kita. Jika melebihi had-had ini, hasilnya adalah kematian. kekuatan penyembuhan alami, dengan kata lain, adalah kekuatan untuk mencegah penyakit atau untuk membantu kita sembuh dari penyakit. terapi potensi elektrostatik menggunakan alat terapi berpotensi elektrostatik bekerja untuk meningkatkan daya penyembuhan semulajadi yang mempertahankan homeostasis dalam sistem kami.

“Semua mekanisme penting, terlepas dari bagaimana mereka mungkin berubah-ubah, hanya mempunyai satu tujuan, bahawa tujuan terdiri hanya dari pemuliharaan keadaan kehidupan di dalam lingkungan dalaman tubuh kita.” (Abad ke-19 Perancis fisiolog Claude Bernard)
peranti Terapi adalah alat perubatan yang mengajar potensi arus bolak ke * tubuh disolasi manusia, sehingga mengelilingi tubuh dengan medan elektrik yang mempunyai kesan yang menguntungkan. Aparat medan elektrik merangsang reseptor rasa kulit melalui saraf. Rangsangan ini akhirnya bekerja pada mekanisme tetapan tubuh seperti sistem saraf autonomi, atau hipotalamus, di otak.
Hanya satu dari manfaat dari kesan-kesan adalah bahawa fungsi homeostatis tubuh disimpan di dalam tahap yang sihat dengan mengembalikan jumlah elektrolit dalam darah (khususnya, natrium, kalium, dan ion kalsium) kepada nilai-nilai normal. Hal ini membolehkan tubuh untuk pulih dari berbagai gejala yang tidak menyenangkan.
* Tidak adanya virtual dari arus elektrik bermakna bahawa pengguna tidak mengalami goncangan, kesemutan, atau sensasi tidak menyenangkan apapun.
Homeostasis dan bidang kuasa Alam Tubuh Penyembuhan
Perubatan pada masa ini ubat-ubatan Barat hari biasanya diberikan setelah diagnosis. diagnosis tersebut berdasarkan ujian yang dirancang untuk mencari penyimpangan dalam pelbagai bahagian tubuh. Namun, sukar untuk ujian untuk mengesan “semi-sihat” keadaan, seperti sakit kepala, bahu kaku, insomnia, dan sembelit kronik, yang sering terlihat di masyarakat stress saat ini. Keadaan tersebut sering kali gagal untuk dapat didiagnosis sebagai kesihatan yang buruk.
Oriental ubat-ubatan, di sisi lain, berdasarkan pada konsep roppu Gozo (lima vital dan enam organ dalaman), dimana kesihatan dianggarkan bergantung pada fungsi normal semua organ-organ ini untuk menjaga keseimbangan optimum (homeostasis). Runtuhnya keseimbangan ini menyebabkan pelbagai gejala untuk membangunkan, termasuk sakit dan nyeri, simpulan, muka memerah, dan menggigil. ubat Oriental dilihat gejala ini sebagai penunjuk daripada “semi-kesihatan”, dan menganggap mereka untuk menjadi peringatan tanda-tanda awal penyakit. Dalam rangka meningkatkan kekuatan alami tubuh manusia penyembuhan, kaedah terapi pelbagai telah dipraktikkan dari zaman kuno, termasuk Kampo (ubat herba oriental), akupunktur, kyu (moxibustion), dan urut Amma.
Modern terapi fizikal didasarkan pada campuran kejayaan perubatan Barat dengan konsep perubatan Oriental. Berbagai macam peralatan perubatan dan peralatan untuk digunakan dalam terapi fizikal yang sedia, banyak yang juga bekerja di rumah sakit dan kemudahan lain yang menawarkan rawatan perubatan.