Showing posts with label KOLESTROL TINGGI. Show all posts
Showing posts with label KOLESTROL TINGGI. Show all posts

Pengurangan kolesterol redakan risiko sakit jantung



PENYAKIT jantung masih menjadi pembunuh utama rakyat Malaysia. Banyak sebab yang menyumbang senario ini dan antara faktor utama tabiat rakyat Malaysia yang malas bersenam dan kuat merokok selain faktor genetik.

Malah penyelidikan membuktikan menghisap rokok adalah faktor utama mempercepatkan sakit jantung.

Sakit jantung terbahagi kepada penyakit jantung koronari, penyakit injap jantung dan penyakit jantung kongenital. Apabila serangan jantung berlaku darah beku dalam saluran jantung akan menyekat seluruh darah ke jantung, mengakibatkan otot jantung mulai mati.

Walaupun ada kes sakit jantung tidak ada menunjukkan sebarang tanda, tetapi secara keseluruhannya, pesakit akan merasakan dadanya terhimpit dan sesak, berpeluh walaupun tidak sejuk, loya dan pening, pendek nafas dan akhirnya berlaku kematian secara mengejut.

Malah jika anda tidak merokok pun dan tidak pula ada tanda-tanda serangan jantung, anda masih berpotensi untuk diserang sakit jantung jika anda berhadapan dengan masalah diabetes. Risiko serangan jantung bertambah tinggi jika anda memiliki sejarah serangan jantung dan tidak meninggalkan amalan menghisap rokok.

Pencegahan daripada serangan sakit jantung sebenarnya bermula daripada kesedaran dan kefahaman diri sendiri. Jika dilihat secara sekali imbas, kolesterol memang boleh dikurangkan dengan pelbagai kaedah. Antaranya diet yang membawa kepada pengurangan sebanyak tujuh peratus, senaman (tujuh peratus), rawatan (60 peratus) dan kolesterol dialisis (70 peratus).

Pengarah Yayasan Jantung Malaysia yang juga Perunding kardiologi, Datuk Dr Khoo Kah Lin berkata, rawatan mengurangkan kolesterol membawa manafaat kardiovaskular yang penting selain memberi faedah tambahan kepada pesakit yang sedang menerima rawatan biasa.

Kajian ini memberikan doktor kefahaman baru mengenai cara-cara menguruskan pesakit yang mempunyai tahap risiko tinggi secara berkesan khususnya mereka yang gagal mencapai tahap kolesterol yang disyorkan,

Kebanyakan mereka juga sedang menerima terapi pengurangan kolesterol yang mempunyai tahap kolestrol LDL antara 2.6mmol/L atau 5.2mmo/L manakala pesakit yang tidak menerima sebarang terapi pengurangan kolesterol mempunyai tahap kolestrol LDL antara 3.2 mmol/L dan 6.5 mmol/L. 72 peratus daripada pesakit yang menerima rawatan pengurangan kolestrol mencapai tahap kolesterol LDL di bawah 2.6 mmol/L yang disyorkan berbanding 40 peratus daripada pesakit yang menerima rawatan biasa.

Keputusan ini menyokong keberkesanan pengurangan kolestrol kerana terdapat pengurangan ketara dalam kejadian kardiovaskular pada seluruh julat dos 10-80 mg di kalangan pesakit yang menghadapi risiko sakit jantung yang lebih tinggi, kata Dr Khoo.

PUNCA KOLESTROL TINGGI


Anda memiliki angka kolesterol tinggi? Jika ya, Anda termasuk bagian dari 100 juta orang di Amerika Serikat yang kerap mengalami kolesterol tinggi.

Kolesterol tinggi berasal dari banyak sumber, mulai dari sejarah keluarga, stres hingga jenis makanan Anda. Ingin tahu beberapa penyebab angka kolesterol tinggi, berikut paparannya yang diambil INILAH.COM, dari berbagai sumber;

Diet Anda
Makan terlalu banyak lemak jenuh dapat menyebabkan kolesterol tinggi. Biasanya ditemukan lemak tak sehat dalam makanan yang berasal dari hewan. Daging sapi, babi, anak sapi, susu, telur, mentega, dan keju mengandung lemak jenuh.

Makanan kemasan yang mengandung minyak kelapa, kelapa sawit, kakao atau mentega dapat mengandung banyak lemak jenuh. Anda juga akan menemukan lemak jenuh dalam mentega, minyak sayur, dan sebagian besar kue, kerupuk, keripik, dan makanan ringan lainnya.

Berat badan Anda
Lemak perut Anda tidak hanya buruk bagi kehidupan sosial. Kegemukan yang dapat meningkatkan dan menurunkan HDL triglicerides, atau kolesterol baik.

Aktivitas kerja
Turun dari tempat dudukmu dan bergeraklah! Kurangnya aktivitas fisik dapat meningkatkan LDL atau kolesterol jahat, dan menurunkan HDL atau kolesterol baik.

Umur dan jenis kelamin
Setelah mencapai usia 20, kadar kolesterol Anda alami mulai bangkit. Pada laki-laki, umumnya kadar kolesterol tinggi menetap setelah umur 50. Pada perempuan, kolesterol tinggi tetap cukup rendah sampai mati haid, setelah itu naik ke sekitar tingkat yang sama seperti pada laki-laki.

Kesehatan tubuh
Jangan melewatkan pemeriksaan fisik tahunan Anda, dan pastikan agar dokter menjelaskan risiko penyakit jantung Anda. Memiliki penyakit tertentu, seperti diabetes atau hipotiroidisme, dapat menyebabkan kolesterol tinggi.

Riwayat kesehatan keluarga
Jika ada anggota keluarga mengidap kolesterol tinggi, bisa jadi Anda juga memiliki bakat.

Merokok
Anda pasti sudah tahu yang satu ini. Merokok dapat menurunkan kolesterol baik Anda. Dan rokok dapat membunuh Anda. Jadi mengapa tidak berhenti?