BATUK KERING


Tibi – “Batuk Kering”

by www.moh.gov.my

Adalah penyakit yang disebabkan eleh sejenis kuman, dinamakan kuman tibi. Kuman tibi biasanya menyerang paru-paru. Kuman ini juga menyerang lain-lain bahagian badan seperti tulang, sendi tulang, buah pinggang dan lain-lain. Penyakit tibi yang tidak dirawat akan membawa maut.

Mengesan Penyakit Tibi

  • Segerakan berjumpa doktor, sekiranya batuk selama 2 minggu atau lebih.
  • Pemeriksaan kahak dibuat untuk mengenalpasti kuman tibi.
  • Ujian kahak dapat dibuat di hospital/ klinik kesihatan.
  • Pemeriksaan x-ray dada juga dapat membantu mengesan kuman tibi.

Cara Jangkitan Tibi

" pesakit tibi paru-paru yang aktif biasanya mengalami batuk. Setiap kali batuk, mereka mengeluarkan titisan –titisan halus yang mengandungi kuman tibi

  • Penyakit tibi adalah "jenis" penyakit sebaran udara". Dengan itu, penyakit tibi berjangkit dari seorang kepada yang lain melalui udara- apabila pesakit tibi batuk atau bersin.
  • Mereka yang menyedut udara yang mengandungi titisan-titisan halus (yang ada kuman tibi) berkemungkinan akan dijangkiti penyakit tibi.

Tanda dan Gejala Penyakit Tibi

  • Batuk selama 2 minggu atau lebih, kadang kala berdarah
  • Batuk yang berkahak, berwarna kekuningan/ kehijauan
  • Hilang selera makan
  • Mengalami penurunan berat badan
  • Demam, selalunya berpeluh pada waktu petang dan malam

Rawatan Penyakit Tibi

Dengan perubatan moden, penyakit tibi dapat disembuhkan. Rawatan tibi selalunya menganbil masa selama 6 bulan.

  • Pada permulaan, ia meliputi rawatan harian selama 2 bulan dengan 4 jenis ubat diambil setiap hari dibawah penyeliaan anggota kesihatan yang dilantik.
  • Ia diikuti dengan rawatan yang dilakukan 2 kali seminggu selama 4 bulan (biasanya 3 jenis ubat diambil, di bawah penyeliaan).

Beberapa perkara untuk diperhatikan

  • Berusahalah untuk mendapatkan suntikan, seperti yang dijadualkan.
  • Elakkan diri daripada makan ubat dengan cara yang tidak betul. Contohnya, tidak memakan ubat kesemuanya sekali pada satu-satu masa. Patuhi nasihat doktor.
  • Dapatkan rehat yang cukup, makan nakanan yang seimbang.
  • Elakkan daripada tinggal bersesak-sesak di dalam satu rumah yang sempit.

Akibat rawatan Tibi Yang Tidak Sempurna

Kegagalan mengikuti rawatan yang sempurna akan hanya memburukkan keadaan anda.

  • Ia akan menjadikan penyakit tibi menjadi lebih teruk.
  • Batuk berdarah akan terjadi.
  • Kuman tibi akan menjadi kebal

Pencegahan Penyakit Tibi

Bagi tujuan pencegahan :

  • Bayi-bayi yang baru lahir mestilah diberikan suntikan BCG. Dapatkan dos ke-2, sekiranya tiada bekas parut dan pada umur 12 tahun.
  • Biarkanlah rumah dimasuki cahaya matahari sebanyak mungkin. Cahaya matahari dapat membantu membunuh kuman tibi yang terapung diudara.
  • Bukalah tingkap pada waktu siang, bagi peredaran udara yang sempurna membantu mencegah tibi daripada merebak.

Fakta-fakta Berkaitan

  • WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia) menetapkan 24hb. Mac setiap tahun sebagai " Hari Tibi Sedunia". Tarikh ini adalah bersamaan dengan penemuan kuman tibi oleh Dr. Robert Kosh di Berlin, pada 24hb. Mac 1882.
  • Ia sisambut untuk memupuk kerjasama yang lebih rapat daripada masyarakat umum, khususnya bagi bersama-sama berganding bahu membenteras penyakit tibi.

No comments:

Post a Comment