OBESITI DI MALAYSIA - APAKAH YANG PERLU DILAKUKAN?


Obesiti didefinisikan sebagai lebihan lemak tubuh yang boleh menyebabkan masalah kepada kesihatan. Obesiti berlaku apabila saiz atau bilangan sel lemak di dalam tubuh meningkat (Myers, 2004).

Indeks jisim tubuh atau Body Mass Index (BMI) merupakan kaedah yang digunakan untuk mendapatkan data asas tahap kegemukan dan obesiti. BMI digunakan dengan mengira berat badan dalam unit kilogram (kg) dan dibahagikan kepada tinggi dalam unit meter kuasa dua (m2 ).


Obesiti merupakan satu penyakit kronik yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit contohnya seperti :

1. Diabetis,
2. Darah tinggi,
3. Penyakit jantung,
4. Kegagalan sistem pernafasan ,
5. Kegagalan system perkumuhan
6. Kanser dan sebagainya.

Menurut satu kajian, (Kelishadi, WHO 2007), kes obesity semakin menular di kalangan kanak kanak dan remaja di negara- negara membangun. Penyakit obesiti merupakan satu faktor utama yang akan membawa kepada rintangan terhadap insulin dan sindrom metabolik. Sindrom metabolik juga adalah tinggi di kalangan penduduk dewasa di Asia.

Di Malaysia, sehingga tahun 2006, 29% penduduk dewasa mempunyai berat badan yang lebih dan 14% mengalami obesiti. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan bahawa pada tahun 2015, secara kasar 2.3 bilion penduduk di dunia akan mempunyai berat badan yang lebih dan 700 juta penduduk dunia akan mengalami obesity

No comments:

Post a Comment